bismillahirrahmanirrahim
assalamuaikumwarahmatullahiwabarakatuh
indahya rasa bila dicintai...
hidup ini terasa disyurga
tak sabar menunggu hari esok
umpama mawar yang sedang mekar-sofaz
wanita tidak semestinya memerlukan lelaki dalam hidupnya, tp wanita dan lelaki saling memerlukan
susahkan nak faham statement nie, tak memerlukan tp saling memerlukan, apa nie??! mgkin itu yg dinamakan C.I.N.T.A.
cinta tidak dtg dpaksa-paksa dan juga tidak dtg kala kita mahukanya. jadi, jika kita bersabar dan memerima ketentuan ALLAH, seorg lelaki yg baik akan muncul untuk kita mencintai dan dicintai.
dia akan muncul bila tiba masanya, cepat atau lambat itu adalah ketentuan ALLAH, kerana Dia Maha Mengetahui. kedatangan sorg LELAKI dlm kehidupan WANITA ibarat manusia kudung diberikan semuala sebelah kakinya. lelaki dan wanita saling menyempurnai dan melengkapi. terima baik buruk pasangan seadanya. lelaki mendatangkan bahagia dan juga sengsara. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
'wahai tuhan ku, jadikanlah aku penyejuk mata suamiku dan
jadikanlah suamiku sebagai pembimbing yang membimbing diriku ke jalan yang Engkau redhai'
menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula SEKARANG!!!
check list!!
#1. bagaimana hubungan saya dengan ALLAH?
#2. sikap dan perangai saya?
#3. sempurnakah saya menutup aurat?
Sekadar lontaran buat kaum hawa dan saya sekali. Ramai di antara kita mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati kita setiap hari, bahawa kita bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan kita supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah kita hancurkan begitu sahaja?
Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai akita mampu melaksanakan langkah pertama iaitu memperbaiki hubungan kita dengan Allah, maka kita sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.insyaALLAH..

No comments:
Post a Comment