20110620

mati itu pasti

Maksudnya: Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kita akan menghadap. Ya Allah, ya Tuhanku! Catitkanlah dia di sisi Engkau antara orang-orang yang baik, dan jadikanlah catitan amalannya dalam golongan orang-orang yang di tingkat tinggi, dan gantikanlah apa yang baik bagi kaum keluarganya yang ditinggalkan, dan janganlah Engkau haramkan kami dari pahalanya dan jangan Engkau memfitnahi kami sesudah kepergiannya!


pagi dalam sejarah. 1st aku pergi meziarahi jenazah selama aku hidup ddunia ini. insaf tapi kekok gler..why?? pergi ziarah sorg diri tanpa ibu, lain macam je rasanya. xde org yg ku kenali, semuanya pangkat nenek2 n makcik2 je yg ada..lgpun aku bknla jenis yg pramah sgt. so duk la kat situ smpai la abah ajak balik..mmg canggung gle.

disini nak sharing ilmu skit: 


adab menziarahi jenazah:


1. Perlu menghormati rumah keluarga yang baru mengalami kematian. Pastikan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan keluarga si mati seperti banyak berlawak jenaka, berbual dengan suara yang tinggi atau bercerita perkara yang bukan-bukan. 

2. Elakkan juga terlalu banyak bertanya kepada sanak keluarga si mati seperti bertanyakan sebab-sebab kematian, punca penyakit dan sebagainya. Sebaliknya lakukan perkara-perkara yang boleh menenangkan perasaan mereka seperti ingatan supaya banyak bersabar dan segala yang berlaku merupakan ujian daripada Allah dan balasan serta ganjaran yang sedia menanti bagi orang-orang yang bersabar. 

3. Membaca Quran dengan suara yang sederhana, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. 

4. Sebaiknya keluarga si mati tidak perlu disibukkan dengan urusan memberi jamuan kepada pelawat yang hadir. Jika adapun, boleh dilakukan selepas urusan penyenggaraan mayat telah selamat diselesaikan.  

5. Tiada sebarang syarat untuk duduk di atas kerusi membaca Quran jika mayat berada di atas katil. 

Wallahu A'lam.