20110312

dia jodoh ku!!!

10 petanda dia jodohku

bersahaja
dia bersahaja dan tidak berlakon
cara dia berpakaian, bercakap, ketawa serta makan dan minum
ia spotan dan tidak dikawal ataupon kelihatan pelik
maka dia jodohku yang sesuai..

senang bersama
dia selalu bersama
tidak merasa bosan, jemu ataupun tertekan dengan diri aku
semakin hari semakin sayang
aku semakn tenang, gembira
dia pengubat duka
apabila berjauhan rindu mula menggamit hati

terima aku seadanya
dia tidak mengambil kisah siapakah aku sebelum ini
yang penting siapa aku sekarang ini
yang dia tahu, aku adalah miliknya kini
tidak perlu menyimpan rahsia
kerana dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup aku

sentiasa jujur
dia tidak kisah apa yang aku lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama
sikap jujur yang dipamerkan menarik hati aku
dia tidak pandai menipu kita
selagi kejujuran bertakhta di hatinya
kebahagiaan menjadi milik aku
dia tidak berlaku curang kerana dia jujur padaku
kejujuran yang disulami dengan kesetiaan
membuahkan percintaan yang sejati
jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

percaya mempercayai
aku mempunyai rahsia tersendiri
berkongsi rahsia bg mengurangkan bebanan
aku rasa selamat apabila berkongsi rahsia dengan dia
aku percaya dia mampu menjaga rahsiaku dengan baik
sebagaimana dia mempercayaiku

saling bekerjasama
dia selalu memberi kerjasama dalam melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
dia melakukan dengan ikhlas bagi meringankan tugasku
dia selalu menyenangkan ku
inilah dia jodoh yang ku cari

memahami diriku
dia sangat memahami diriku pasangannya
semasa aku sakit dia bawa ke klinik
semasa aku berduka, dia menjadi penghibur
apabila aku mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu
di kala aku sedang berleter, dia menjadi pendengar
dia selalu bersama aku
dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup aku

tampikan kelemahan
tiada siapa yang sempurna di dunia ini.
pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu.
begitu jua bagi diriku dan dirinya
jadi dia tidak sembunyikan kelemahan dirinya dari pengetahuanku
aku dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing
memang ditakdirkan aku dan dia hidup bersamanya.

kata hati
Dengarlah kata hati.
aku dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain
dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu
apabila aku yakin dengan pilihan hidupku, tanyalah sekali lagi
adakah dia ditakdirkan untukaku?
dengarlah kata hati dan buatlah pilihan
serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

solat istikharah dan tawakkal
jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT.
aku dan dia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa
aku kadang2 diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati
aku melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk
insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya
jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya
jika tidak, tolaklah dia dengan baik
semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia
setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa
ingatlah,
nikmat di dunia ini hanya sementara
nikmat di akhirat adalah kekal selamanya

No comments: